Kesan Berterusan Kenaikan Harga Minyak
Orang politik memang suka bermain dengan kata2. Harga barang2 asas lain dikatakan tidak akan meningkat dengan kenaikan harga minyak. Bila perkara asas (minyak) itu naik, mahu atau tidak, pembekal dan peniaga terpaksa menaikkan harga barang. Itu lah yang dikatakan harga barangan asas tidak akan naik (?) Syabas kerana berjaya menipu rakyat tanpa rakyat sedari. Kalau sedar pun, rakyat hanya akan bising2 di kedai kopi je. Lama2 senyap la tu. Kalau buat perhimpunan aman pun, tetap akan dikatakan perhimpunan haram. Bangsat!
Kesan kenaikan harga minyak adalah berterusan selagi ianya tidak diturunkan. Begitu juga dengan harga barangan lain. Perniagaan runcit tidak lagi akan berkembang. Ekonomi Malaysia akan meleset walaupun tanpa campur tangan asing seperti George Soros. Tahniah kepada sesiapa sahaja yang menjadikan impian UMNO/ BN untuk terus memerintah menjadi kenyataan.
Suara picisan penyokong UMNO/ BN: “Biar lah, KERAjaan buat begitu supaya ekonomi negara terus meningkat. Lagi pun, duit untung eksport minyak boleh digunakan untuk memajukan negara”.
Suara hangin Pembebel: Meningkat lah sangat ekonomi negara kita. Untung Petronas yang dibayar kepada KERAjaan banyak yang tiris, masuk poket kroni. Bukti? Lu baca lah sendiri! Jangan malas!
Ini aku embed satu video yang di’upload sebelum PRU12 ari tu. Walaupun dah lepas, harap2 jadi pengajaran untuk semua, termasuk orang2 dari UMNO/ BN. Semoga hidup kita semua sebagai rakyat di’bless oleh Tuhan untuk tidak lagi mendapat pemimpin2 korup seperti yang ada sekarang ni. Amin..
[...] komputer? Kalau email tu kan dah masuk pun dalam komputer? Bukankah menjimatkan masa, tenaga, dan minyak (petrol) semua [...]
Soleh.Net » Kenapa kerani awam semestinya begini?
24 Jun 08 at 7:19 am