iPhone 12 mini

Aku baru saja beli iPhone baru. Syok-nya! Sangat best!

Kisah bermula ketika aku jalan-jalan seorang diri di sebuah shopping mall di KL. Biasalah, musim pandemik ni, tak banyak kedai yang buka tapi kedai phone dibenarkan buka.

Aku singgah Machines. Mula-mula just nak beli cable for iPad saja. Tapi tiba-tiba aku ternampak satu sign tunjuk yang kita boleh buat instalment guna debit card. 3 kali pembayaran. Aku mula rasa excited dan tanya tentang payment scheme tu.

Rupanya, ada beberapa Apps yang offer. Namanya ‘atome.’ Dia charge first instalment direct daripada akaun (in my case, aku just guna credit card aku je). Kalau beli guna credit card instalment, dia akan block credit full amount, then akan release sikit demi sikit. Tapi aku suka ‘atome’ ni sebab dia tak block full amount, hanya block sebulan instalment saja.

Apa lagi? Aku pun terus tanya tentang iPhone 12 mini yang aku idamkan sejak mula-mula Apple keluarkan tahun lepas. Aku jenis suka pada iPhone yang kecil, sejak dari iPhone SE yang sebesar iPhone 5 dulu.

Then aku tukar pada iPhone Xs. Lepas aku beli iPhone Xs, keluar pula iPhone SE 2020. Damn. Aku jual iPhone Xs tu dan aku ala-ala downgrade beli yang SE 2020 sebab size dia. Kecil sedikit. Tapi, celaka betul Apple ni, dia keluarkan pula iPhone 12 series dan ada mini version! Memang bengang-lah aku dibuatnya.

Aku guna iPhone SE 2020 selama setahun, dan agak puas hati. Tapi perasaan nak guna iPhone 12 mini jadi membuak-buak apabila ada ‘atome’ 3-month instalment tu. Apa lagi? Terus aku beli. Hihihi.

Sekarang ni, aku pegang lagi iPhone SE 2020 tu. Ada terfikir untuk jual tapi nantilah dulu. Biarkan dulu. Simpan buat kenangan atau mungkin satu hari nanti aku perlukannya untuk aku buat video ke, buat sebagai second phone ke, kan?

Begitulah cerita tentang iPhone 12 mini yang baru saja jadi milikku. I love it!