Tag Archives: Apology

Terlajak perahu boleh diundur

Ada satu peristiwa buruk terjadi tadi di sebuah apps social media yang aku telah join lebih daripada sebulan. Aku di-DM oleh seorang ni, kami chat punya chat, tiba-tiba aku minta izin untuk tengok gambar profile-nya.

Tanpa tunggu keputusan keizinan daripadanya, aku terus buat tindakan melulu di public channel. Maka keluarlah gambar besarnya itu.

Then dia marah aku. Dia kata aku rude gila.

Aku minta admin delete posting tersebut. Dah selesai. Kemudian aku minta maaf berkali-kali padanya. Aku rasa bersalah gila. Aku tahu aku silap.

Entahlah. Kalau seseorang itu dah letak gambar (mukanya), kiranya dia dah consented untuk dipertontonkan lah, kan? Aku tak faham kenapa dia nak marah-marah. Walhal dia sendiri yang willing to put the face photo as display profile.

You shouldn’t be on social media at the first place. Tapi apakan daya. Aku dah buat silap, aku terima saja kesan-kesannya. Aku minta maaf kepadanya.

Apa boleh buat? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.